Ini Perkara Perlu Diketahui Pelabur Emas Pada Awal Minggu

1,663

Emas didagangkan lebih tinggi pada pembukaan dagangan awal minggu ketika US dolar terus memperpanjangkan pergerakan melemah dan hasil bon AS pula kekal rendah.

Pada sesi Asia, logam kuning itu diniagakan pada $1,764 per auns, mengukuh di paras ketinggian tiga minggu. Sementara niaga hadapan emas pula tinggi pada $1,780 per auns.

US dolar kekal melemah di paras terendah tiga minggu berbanding kebanyakan mata wang utama, sekali gus memberi ruang buat dagangan emas untuk meningkat.

Penguncupan yang dicatatkan dalam data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat pada suku kedua telah mengurangkan lagi jangkaan hawkish daripada Federal Reserve (Fed).

Malah, Pengerusi Fed Jerome Powell sebelum ini juga memberi isyarat untuk memperlahankan kadar kenaikan dalam kadar faedah, menyebabkan pelabur melepaskan pegangan terhadap raja mata wang itu.

Bacaan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang bakal diterbitkan pada Jumaat kini menjadi tumpuan pelabur dengan jangkaan pasaran buruh kekal mengukuh walaupun terdapat sedikit menurun dalam pertambahan pekerjaan pada bulan Julai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat