Ini Perkara Perlu Diketahui Trader Selepas OPEC+ Capai Perjanjian!

318

Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, akhirnya mencapai kesepakatan pada hari Ahad untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah, sekali gus menyelesaikan perselisihan yang dihadapi pada awal bulan ini.

Kumpulan itu, yang juga terdiri daripada sekutu seperti Rusia, dan juga dikenali sebagai OPEC+ telah bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran sebanyak 400,000 tong sehari setiap bulan bermula pada Ogos sehingga Disember 2021.

Dengan perjanjian ini, ia memberi pandangan positif buat pasaran minyak di mana kumpulan itu akan memulihkan semula pengeluaran sebanyak 5.8 juta tong sehari yang masih ditahannnya, dengan menghentikan sepenuhnya pemotongan sekitar September 2022.

Kesepakatan itu juga memberi Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iraq, Kuwait dan Rusia, penanda aras pengeluaran yang lebih tinggi.

Bagi Rusia dan Arab Saudi, tahap asas akan meningkat sebanyak 0.5 juta tong sehari menjadi 11.5 juta tong, sementara UAE akan meningkatkan pengeluarannya dari 3.17 juta kepada 3.5 juta tong sehari.

Susulan daripada kesepakatan ini, harga minyak jatuh lebih $1 setong pada sesi Asia, menyebabkan niaga hadapan minyak mentah Brent susut lebih rendah ke paras harga $72.51 setong, selepas penyusutan hampir 3% pada minggu lalu.

Sementara itu, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat juga merosot rendah kepada $70.80 setong, melanjutkan penurunan hampir 4% pada minggu lepas.

Dalam pada itu, sentimen berisiko dalam pasaran yang disebabkan perkembangan Covid-19 yang semakin membimbangkan di seluruh dunia turut memberi tekanan kepada pasaran minyak mentah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat