Ini Perkara Perlu Diperhatikan Pelabur Menjelang NFP

1,219

Pergerakan mata wang gergasi US dolar mendatar pada pembukaan sesi Eropah, menunjukkan pelabur terus berwaspada menjelang penerbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat.

Pada bulan Disember, pasaran menjangkakan ekonomi AS akan menambah sebanyak 426,000 pekerjaan daripada 210,000 yang dicatatkan sebelumnya. Sementara kadar pengangguran pula turun kepada 4.1%.

Jangkaan kukuh ini meletakkan dagangan US dolar untuk terus menguat berbanding pesaing utamanya selepas meraih sokongan daripada kenyataan hawkish Federal Reserve (Fed) untuk menaikkan kadar faedah lebih awal.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan sedikit susut pada 96.17 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Selain dolar Amerika, loonie turut menjadi tumpuan pelabur yang menantikan laporan pekerjaan Kanada yang dijangka akan menunjukkan pertumbuhan perlahan pada bulan lepas.

Dalam pada itu, dagangan euro kekal melemah pada paras terendah satu minggu, ditekan oleh pengukuhan dolar greenback dan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh bank pusat AS.

Pound pula terus didagangkan pada sekitar harga 1.3500. Pergerakan US dolar dijangka akan terus mempengaruhi dagangan cable, memandangkan tiada data terbaru dari UK untuk merangsang mata wang itu.

Matawang berisiko pula susut lebih rendah, dengan dolar Aussie ditekan oleh jangkaan terbaru bahawa New South Wales akan melaksanakan semula sekatan setelah dikejutkan oleh lonjakan kes Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat