Ini Perkara Yang Diteliti Pelabur Sebelum Mesyuarat FOMC!

813

Menghitung detik pengumuman dasar monetari terbaru Federal Reserve (Fed), penganalisis menilai beberapa kemungkinan yang akan diputuskan dalam mesyuarat polisi FOMC pada awal pagi Khamis.

Bank pusat AS dijangka secara meluas, akan mengumumkan penurunan pembelian bon bulanannya sebanyak $15 bilion daripada kadar semasa $120 bilion setelah memberi petunjuk mengenainya pada mesyuarat terdahulu.

Bagaimanapun, menurut penganalisis, keputusan untuk pengurangan bukanlah faktor utama yang akan membawa pergerakan besar dalam pasaran memandangkan perkara ini sudah dijangka sejak berbulan-bulan.

Sebaliknya, kenyataan Pengerusi Jerome Powell akan dijadikan perhatian untuk mendapatkan petunjuk mengenai bila pengurangan pembelian bon ini akan berakhir dan kenaikan kadar faedah akan bermula.

Namun, sekiranya angka pengurangan dibuat lebih besar daripada dijangkakan, maka tidak mustahil jika US dolar bertindak agresif pada sesi dagangan New York.

Dengan tekanan harga yang semakin meningkat, Fed mungkin tidak akan mengambil langkah yang lebih kecil tetapi berdasarkan paras tertinggi baharu dalam pasaran saham AS, pelabur juga tidak menjangkakan sikap hawkish yang ketara dari bank pusat.

Susulan jangkaan pengurangan sebanyak $15 bilion setiap bulan, pelaksanaan pembelian bon mungkin akan berakhir pada pertengahan tahun 2022.

Selain itu, penganalisis berpendapat Powell mungkin akan mengurangkan keperluan untuk menaikkan kadar faedah, tetapi kenyataan terbaru mengenai inflasi akan dijadikan panduan oleh pelabur untuk langkah Fed seterusnya.

Dot plot, yang menjadi kegunaan Fed untuk memberi isyarat prospek bagi kadar faedah, juga akan diteliti oleh pelabur sekiranya terdapat pembuat dasar yang menyokong kenaikan kadar yang lebih awal daripada dijangkakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat