Ini Petunjuk Awal Untuk EUR/USD Mulakan Lonjakan?

678

Ucapan oleh Presiden European Central Bank (ECB), Christine Lagarde semalam dilihat tidak begitu memberi kesan yang ketara terhadap matawang Euro dalam pasaran.

Namun, Euro kembali dilihat mempamerkan kenaikan selepas corak penurunan harga dipaparkan sejak minggu lalu.

Meneliti penerangan Lagarde, bank pusat masih melihat ekonomi masih bergelut untuk menuju ke arah pemulihan di samping berdepan gelombang baru Covid-19. Justeru, Euro masih dinilai berisiko.

Namun, faktor yang menyokong Euro adalah kenyataan bahawa pertukaran kadar Euro berbanding US dolar tidak menjadi sasaran polisi oleh ECB. Hal ini, telah memberi ruang semula untuk Euro meningkat, namum kadar peningkatan harga berkemungkinan terhad.

Dengan pergerakan US dolar yang perlahan menjelang laporan data pekerjaan NFP pada penghujung minggu ini, harga pada carta EUR/USD kembali pamerkan kenaikan semalam dari paras support 1.16100.

Kenaikan harga juga telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi isyarat awal perubahan trend pada carta EUR/USD.

Sesi Asia pada Selasa melihatkan pergerakan perlahan menguji paras rintangan 1.16800 dengan jangkaan kenaikan harga akan menuju zon SBR (support become resistance) 1.17200.

Namun, jika harga kembali membuat penurunan semula, zon support 1.16100 akan kembali diuji sebelum penurunan lebih rendah dijangkakan ke paras tumpuan 1.15000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat