Ini Pula Sebab Kejatuhan Matawang GBP Pada Pukul 4.30 Petang Tadi, Data Inflasi

641

Matawang GBP melemah pada pukul 4.30 petang tadi selepas data inflasi UK dikeluarkan. Data-data inflasi merekodkan bacaan yang kurang memberangsangkan yang meleset daripada jangkaan pasaran.

Pair GBP/USD jatuh sehingga hampir 50 pip selepas data dikeluarkan dengan EUR/GBP naik sehingga 45 pip. GBP/AUD pula jatuh sehingga 80 pip.

Data inflasi penting yang menjadi tumpuan pasaran iaitu indeks harga pengguna (CPI) hanya merekodkan bacaan 2.4% meleset daripada jangkaan kenaikan 2.5% (YoY). Bacaan 2.4% ini pula adalah catatan terendah sejak Mac 2017.

Bacaan inflasi CPI bulanan (MoM) pula merekodkan kenaikan 0.4% pada April berbanding jangkaan kenaikan 0.5%.

Dalam data berlainan, bacaan indeks harga runcit (RPI) pula meningkat 3.4% pada April menepati jangkaan pasaran.

Matawang GBP dilihat melemah berbanding beberapa matawang utama yang lain sejak pukul 4.30 petang tadi selepas jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah di UK semakin terhad.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat