Ini Punca Harga Minyak Mentah Jatuh Tiga Hari Berturut-turut

54

Harga minyak mentah pulih pada sesi Asia hari ini apabila para pelabur melihat peluang untuk membeli selepas harga jatuh mendadak berikutan data bekalan minyak US yang bercampur semalam.

Di New York Mercantile Exchange, harga minyak West Texas Intermediate (WTI) untuk bulan September meningkat 0.28% kepada $46.91, manakala harga minyak brent di London Intercontinental Exchange pula meningkat 0.50% kepada $50.52 per tong setakat jam 12.30 tengahhari.

Harga minyak telah jatuh selama 3 hari sejak berturut-turut, selepas laporan bekalan minyak daripada Energy Information Administration (EIA) susut lebih daripada jangkaan, namun gagal melemahkan kebimbangan terhadap pengeluaran yang semakin meningkat.

Bekalan minyak jatuh 8.9 juta tong pada minggu lepas, melebihi jangkaan sebanyak 3 juta tong. Dan bekalan minyak telah jatuh selama tujuh minggu berturut-turut.

Pengeluaran minyak pula bertambah 9.052 juta tong sehari, meningkat 79,000 tong berbanding minggu sebelumnya. Angka tersebut merupakan angka tertinggi sejak pertengahan bulan Julai tahun 2015. Peningkatan yang mendadak pada pengeluaran meningkatkan kebimbangan pasaran sekaligus menekan harga minyak untuk terus jatuh.

Peningkatan bekalan gasolin (salah satu hasil daripada proses minyak mentah) turut menambah kebimbangan terhadap lebihan pengeluaran minyak kerana penganalisis menjangkakan permintaan akan berkurangan berikutan musim panas hampir tamat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat