Ini Punca Harga Minyak Tak Boleh Pergi Jauh

2,128

Komoditi hitam didagangkan stabil dengan mencatatkan kenaikan sederhana pada sesi Asia, disokong oleh tanda-tanda pemulihan penggunaan bahan bakar ketika beberapa ekonomi utama dibuka semula secara beransur-ansur.

WTI Amerika Syarikat kembali meningkat dengan diniagakan kukuh pada $65 setong menjelang pembukaan sesi Eropah, sementara minyak mentah Brent pula menguat pada $68.84 setong.

Turut menambah sentimen buat harga minyak mentah adalah kelulusan rang undang-undang pakej rangsangan AS yang bernilai $1.9 trilion oleh Dewan Perwakilan, dan ia dijangka akan ditandatangani oleh Preside Joe Biden pada Jumaat.

Bagaimanapun, peningkatan inventori minyak mentah AS yang jauh lebih besar daripada yang dijangkakan, telah membataskan pergerakan harga minyak dari meningkat lebih tinggi.

Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan lonjakan ketara dalam bekalan minyak mentah AS dengan kenaikan sebanyak 13.8 juta tong pada minggu lalu, berbanding jangkaan untuk meningkat 816,000 tong.

Namun begitu, inventori petrol dan penyulingan AS merosot, di mana masing-masing jatuh 11.8 juta tong dan 5.5 juta tong. Ini mendorong keyakinan pasaran bahawa terdapat kenaikan dalam permintaan terhadap bahan bakar itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat