Ini Punca Indonesia Bergegas Nak Tubuhkan Bursa Kripto!

370

“Setiap negara kena cepat ambil peluang kalau tak nak menangis tepi bucu katil.”

Tanpa berlengah masa, negara Indonesia berhasrat menubuhkan bursa mata wang kripto sebelum kuasa pengawalseliaan aset digital beralih ke tangan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (FSA) yang diketuai oleh agensi komoditi.

Sehingga kini, aset digital Indonesia dilaporkan berada di bawah penjagaan Agensi Kawal Selia Dagangan Niaga Hadapan Komoditi ataupun lebih dikenali sebagai Bappebti.

Namun dalam tempoh dua tahun lagi, FSA pula akan menggalas tanggungjawab tersebut sebagai sebahagian daripada pembaharuan sektor kewangan yang kian berkembang, ulas Didid Noordiatmoko, ketua Bappebti.

Dimaklumkan juga bahawa Indonesia semakin memberi sokongan terhadap kripto sungguhpun terdapat persaingan sengit dengan rupiah yang merupakan tender sah di negara tersebut.

Jika diperhatikan, bank pusat telah mengeluarkan white paper untuk mengeluarkan mata wang digital mereka sendiri manakala undang-undang terbaru yang diluluskan pula mengiktiraf kripto sebagai kewangan selamat.

Walaupun harga mengalami kejatuhan ketara, para pelabur Indonesia didapati berpusu-pusu memasuki pasaran kripto, dimana 11 bulan pertama tahun 2022 merekodkan sebanyak 16 juta pelabur berbanding akhir 2021 pada 11.2 juta.

Dalam pada itu, nilai dagangannya gelincir sekitar 300 trilion rupiah bernilai $19.2 bilion, namun terdapat 383 aset kripto dan 10 token tempatan yang dapat didagangkan di Indonesia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat