Ini Punca Yang ‘Menyekat’ Pengukuhan Minyak Mentah!

124

Pengukuhan dagangan komoditi hitam kembali goyah selepas data mingguan terbaru menunjukkan peningkatan besar dalam inventori minyak mentah Amerika Syarikat.

Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan bekalan minyak melonjak 7.8 juta tong pada minggu yang berakhir 9 Disember, meleset jauh daripada jangkaan untuk penurunan 3.6 juta tong.

Selain itu, peningkatan turut dapat dilihat dalam inventori petrol sebanyak 900,000 tong dan stok penyulingan meningkat 3.4 juta tong, menurut data API.

Data inventori menentang sentimen kenaikan harga yang sebelum ini meningkat 3% berikutan harapan kebangkitan semula permintaan China dan US dolar yang semakin lemah susulan laporan inflasi AS yang lebih lemah.

Turut menyokong dagangan minyak mentah minggu ini adalah gangguan berterusan saluran paip Keystone Kanada-Amerika Syarikat yang terkesan akibat tumpahan minyak di Kansas.

Menuju penghujung sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan berlegar pada $80 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula diniagakan pada $75 setong.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat