Ini Ramalan Bank-Bank Utama Untuk Bacaan Angka NFP AS

1,615

Biro Statistik Buruh Amerika Syarikat (AS) bakal menerbitkan laporan data pekerjaan NFP untuk bulan April pada sesi New York sebentar lagi pada jam 8.30 malam waktu tempatan.

Berikut adalah unjuran dan ramalan oleh para penganalisis serta pakar ekonomi dari bank-bank utama berkenaan data pekerjaan tersebut.

Secara umum, pasaran akan menjangkakan sekitar 390,000 pertambahan pekerjaan di bulan April, sedikit menurun berbanding angka bacaan pada Mac. Sementara kadar pengangguran dijangka menguncup kepada 3.5% berbanding 3.6% sebelumnya.

Commerzbank menjangkakan peningkatan pekerjaan kepada 350,00 untuk April dan kadar pengangguran turun kepada 3.5%.

Begitu juga Danske Bank yang melihat penurunan kadar pengangguran kepada 3.5% sementara pertambahan pekerjaan akan berlegar di sekitar bacaan 400,000.

Berbeza dengan pandangan Deutsche Bank dan Societe Generale (SocGen) yang meramalkan pertambahan lebih tinggi mengatasi bacaan terdahulu, iaitu masing-masing pada peningkatan kepada 465,000 dan 475,000 pekerjaan untuk April.

RBC Economics mengunjurkan peningkatan kepada 400,000 pekerjaan manakala Westpac melihat peningkatan pekerjaan pada April ke paras sekitar 425,000.

NBF berpandangan pekerjaan di AS akan meningkat kepada 375,000 pada April setelah menilai kadar tuntutan pengangguran dan tinjauan pendapatan isi rumah.

Citibank menjangkakan peningkatan yang perlahan kepada 360,000 pada April yang akan memberi petunjuk isu kekurangan tenaga kerja.

Wells Fargo dan Goldman Sachs masing-masing mengemaskini unjuran pekerjaan NFP April pada angka yang sama iaitu pada 300,000.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat