Ini Ramalan Penganalisis Terhadap BOE Dan Brexit!

386

Bank of England (BOE) berkemungkinan akan meningkatkan pelonggaran kuantitatifnya pada bulan depan untuk menyokong ekonomi yang ditekan oleh kebangkitan semula coronavirus dan kebimbangan terhadap hard Brexit, menurut tinjauan terbaru Reuters dari 78 ahli ekonomi.

Perlaksanaan semula sekatan baru ekoran lonjakan kes bakal memburukkan lagi unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi yang sebelum ini telah terkesan oleh penutupan seluruh negara ketika wabak coronavirus mula menular di UK. Pada suku kedua, ekonomi UK dilaporkan menguncup 19.8%.

Rentetan daripada peningkatan semula kes Covid-19 di Eropah, prospek pertumbuhan ekonomi di UK kini berubah suram.

Menurut tinjauan terbaru oleh Reuters, ekonomi Britain diunjurkan berkembang 2.6% pada suku semasa dan 1.0 berikutnya. Unjuran ini adalah lebih lemah daripada ramalan 3.4% dan 1.3% yang dibuat pada bulan lalu.

Bagi tahun 2020 secara keseluruhannya, ekonomi akan menyusut 10.1% tetapi berkembang sebanyak 6.1% tahun depan, menurut tinjauan dari 78 ahli ekonomi, berbanding jangkaan penguncupan 10.1% dan pertumbuhan 6.1% pada bulan lepas.

Selain itu, sebahagian besar daripada penganalisis menjangkakan bahawa BOE akan melaksanakan lebih banyak langkah tambahan, terutamanya meningkatkan pembelian bon tetapi tidak akan menurunkan kadar faedah di bawah sifar.

Setelah menambah £ 300 bilion ke program pembelian bon sehingga menjadikannya menjadi £ 745 bilion, hasil tinjauan meramalkan penambahan sebanyak £ 100 bilion akan dibuat pada mesyuarat polisi seterusnya, 5 November.

Sementara itu, tinjauan Reuters turut menunjukkan terdapat 40% kemungkinan bahawa tiada perjanjian akan dibuat dalam hubungan perdagangan UK dan Kesatuan Eropah (EU) menjelang tarikh akhir tempoh peralihan, sama seperti yang diramalkan sebelum ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat