Ini Ramalan Untuk Harga Minyak Brent

342

Hong Leong IB Research (HLIB) mengekalkan unjuran ‘Neutral’ terhadap sektor minyak dan gas dan meneliti semula ramalan harga minyak Brent untuk suku keempat tahun 2020 (4Q20) daripada AS$50 setong kepada AS$42 setong.

Selain itu, firma penyelidikan itu juga mengurangkan ramalan minyak Brent bagi tahun semasa 2021 (CY21) daripada AS$55 setong kepada AS$50 setong.

Penganalisis HLIB, Low Jin Wu meramalkan harga minyak mentah akan bergerak secara mendatar dan cenderung untuk turun menjelang akhir tahun semasa 2020 (CY20) berikutan pengeluaran minyak mentah yang tinggi dari Libya, kekurangan permintaan dari China, peningkatan kes Covid-19 di seluruh dunia dan mogok pekerja buruh di Norway.

Tambahnya, sekiranya Joe Biden memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), bakal memberi kesan negatif kepada harga minyak berikutan komitmen beliau untuk mengurangkan isu pelepasan karbon.

“Kemenangan Biden akan menjadi petunjuk utama kepada penurunan permintaan minyak dari AS manakala kemenangan Trump akan memberi kesan positif kepada harga minyak kerana isu pemanasan global tidak diberi keutamaan oleh Trump.

Ujar Jin Wu lagi, pihaknya percaya bahawa prospek sektor minyak dan gas masih belum cerah buat masa ini walaupun terdapat kelemahan pada harga minyak sebelum ini.

“Pilihan utama kami untuk sektor ini syarikat Bumi Armada Bhd (harga sasaran (TP) : 60 sen; Buy) dan Petronas Chemicals Group Bhd (TP: RM6.50; Buy),” katanya.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat