Ini Rancangan Terkini Trump Sebagai Tindak Balas Terhadap Amalan Perdagangan China

766

Berdasarkan laporan The Wall Street Journal yang bersumberkan orang dalam, Presiden Donald Trump merancang untuk menghalang banyak syarikat China daripada melabur dalam teknologi U.S. dan menyekat eksport teknologi tambahan ke China.

Kedua-dua langkah tersebut akan diumumkan pada akhir minggu ini, dan bertujuan sebagai tindak balas terhadap polisi Beijing, Made in China 2025 iaitu sebuah inisiatif China untuk menjadi pimpinan global utama dalam teknologi.

Jabatan Perbendaharaan menyusun peraturan untuk menyekat syarikat dengan sekurang-kurangnya 25 peratus kepemilikan China daripada membeli syarikat yang terlibat dalam ” industri yang signifikan denganteknologi ,” kata WSJ.

Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Perdagangan juga menyusun rancangan untuk kawalan eksport yang lebih ketat bagi menghalang “indsutri teknologi” itu dieksport ke China.

Pasaran saham hadapan US jatuh lebih daripada 0.5 peratus dalam sesi perdagangan sia pada hari Isnin selepas laporan WSJ dikeluarkan.

Walaubagaimanapun, Rumah Putih dan Jabatan Perbendaharaan tidak memberi respon terhadap hal tersebut semalam kerana berada diluar waktu pejabat. Pasaran mengharapkan ada komentar lanjut bermula pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat