Ini Reaksi Pasaran Matawang Menjelang Ucapan Jerome Powell!

824

US dolar menunjukkan pengukuhan berbanding matawang utama yang lain menjelang ucapan oleh pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell yang akan memberi indikasi mengenai situasi pasaran.

US dolar juga catat prestasi terbaik lima bulan berbanding Swiss franc dan tujuh bulan terbaik berbanding matawang yen. Pasaran kini tidak sabar menantikan apakah langkah yang bakal diambil oleh Powell memandangkan baru-baru ini terdapat penjualan yang tidak menentu dalam perbendaharaan dan adakah terdapat penilaian terkini.

US dolar dijangka akan terus mengukuh berbanding matawang yen jika hasil perbendaharaan terus meningkat namun terdapat kebarangkalian susut berbanding matawang pengeksport komoditi kerang mungkin dipacu oleh pemulihan dalam pertumbuhan global.

Matawang US dolar mengukuh sebanyak 0.38% berbanding matawang yen pada paras tukaran 107.40. Disisi lain, matawang pound UK susut sedikit berbanding US dolar ke paras tukaran 1.3948.

Hasil perbendaharaan 10 tahun setakat inturun ke 1.4533%, setelah meningkat lebih awal kepada 1.4567%. Terdapat jualan besar-besaran bermula awal tahun ini kerana kebimbangan bahawa perbelanjaan kerajaan yang besar akan mendorong inflasi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat