Ini Reaksi Pasaran Minyak Ekoran Data Ekonomi China

137

Minyak mentah didagangkan bercampur-campur sebagai reaksi kepada data pertumbuhan ekonomi China yang diterbitkan pada sesi Asia.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) China berkembang 3% pada 2022, jauh meleset daripada unjuran rasmi kerajaan untuk pertumbuhan sekitar 5.5%.

Angka itu juga merupakan pertumbuhan kedua terburuk yang dicatatkan sejak 1976, apabila suku terakhir kekal terjejas akibat sekatan Covid dan kejatuhan dalam pasaran hartanah.

Pun begitu, pengembangan lebih baik daripada jangkaan pada suku keempat dilihat memberi sedikit harapan untuk pemulihan positif ekonomi China pada 2023.

Menuju pasaran sesi Eropah, dagangan minyak mentah Brent sedikit meningkat pada sekitar harga $84 setong manakala niaga hadapan WTI Amerika Syarikat susut pada $79 setong.

Selain itu, data pada Selasa juga menunjukkan pengeluaran penapisan minyak China pada 2022 telah jatuh 3.4% daripada tahun sebelumnya, penurunan pertama sejak 2001.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat