Matawang US dolar menuntaskan peyusutan yang dialami hampir satu minggu pada hari Jumaat, dimana US dolar telah susut ke paras terendah dua tahun.
Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mencatat peningkatan sebanyak 0.18% kepada paras tukaran 89.89 selepas menyusut lebih dari 1% sepanjang minggu ini. Pada hari Khamis, US dolar telah mencapai paras terendah lebih dari dua tahun pada paras tukaran 89.723.
Pengemaskinian dari bank pusat Amerika Syarikat, Jepun, Britain, Switzerland dan Norway pada minggu ini sedikit sebanyak telah mendorong trend pasaran mata wang baru-baru ini dan penyusutan jangka panjang bagi US dolar.
Menepati ramalan pasaran, bank pusat Jepun (BOJ) memutuskan untuk kekal dengan dasar monetari semasanya -0.10% dan sasaran hasil bon kerajaan 10 tahun sekitar 0%. BOJ juga bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir untuk pakej pembiayaan korporatnya yang sepatutnya berakhir pada Mac 2021, sehingga 6 bulan lagi.
Susulan keputusan BOJ, matawang yen Jepun mencatatkan penyusutan berbanding USD selain turut dipengaruhi oleh para pelabur yang mahu mengambil keuntungan.
Matawang Pound mula susut berbanding US dolar dan Euro ketika perbincangan mengenai persetujuan perdagangan Brexit antara UK dan Kesatuan Eropah berlanjutan.
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengeluar kenyataan bahawa rundingan perdagangan “kelihatan sukar” namun pintu untuk rundingan selanjutnya masih terbuka.