Ini Risiko Baru Kepada US Dolar, Trump Mahu Bajet Baru Infrastruktur $1.5 Trillion

1,332

Presiden Trump akhirnya mengeluarkan cadangan pembangunan infrastruktur bernilai $1.5 trillion pada Isnin yang disasarkan kepada pembinaan jalan-raya, rel keretapi, dan juga beberapa bangunan untuk perkhidmatan awam seperti hospital.

“Infrastruktur negara kita dalam keadaan yang tidak boleh diterima yang memburukkan kekompetitifan dan kualiti hidup rakyat,” kata Trump dalam suratnya kepada Kongress.

Antara janji utama Trump pada pilihanraya 2016 adalah bajet $1 trillion bagi pembangunan infrastruktur. Namun, perancangan ini terpaksa ditangguhkan berikutan kegagalan beberapa polisi seperti kesihatan dan percukaian tahun lalu.

Kerajaan persekutuan akan menyediakan $200 billion sepanjang 10 tahun ke hadapan, manakala $1.3 trillion lagi dijangka akan didapati dari kerajaan negeri dan pelabur swasta, menurut inisiatif yang dicadangkan.

Namun, beberapa pemerhati meragui cadangan ini, di mana untuk mendapatkan $200 billion itu kerajaan akan mengurangkan perbelanjaannya di beberapa kategori lain.

Trump menggesa Kongress untuk membuat draf inisiatif ini dan meluluskan rang undang-undang infrastruktur itu. Rang undang-undang seperti ini memerlukan 60 undi di Dewan Senat yang mana Republikan hanya memegang 51 kerusi.

Kerajaan Amerika Syarikat telah memotong cukai pada athun lalu yang menyebabkan kerajaan kehilangan $1.5 trillion, kini Trump memerlukan $1.5 trillion lagi untuk projek infrastruktur. Hal ini akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan sehingga $300 billion dalam tempoh masa dua tahun.

US Dolar Bergerak Seperti Roller-Coaster?

Inisiatif terbaru oleh Presiden Trump ini sudah tentu akan menyebabkan pergerakan tidak menentu US dolar tahun ini.

Apa sebabnya?

Tahun lalu beberapa cadangan polisi baru Trump berhadapan dengan kesukaran untuk diluluskan. Setiap kali polisi baru itu dibawa ke Kongres untuk diluluskan, ia berhadapan dengan tentangan khususnya dari Demokrat, lebih teruk lagi daripada sesetengah ahli Republikan sendiri.

Seringkali kita lihat US dolar melemah apabila inisiatif penggubalan polisi baru Trump tahun lalu berhadapan tentangan. US dolar juga tidak semena-mena mengukuh apabila polisi diluluskan atau mendapat sokongan mencukupi di Kongres.

Oleh itu, apa yang berlaku pada tahun lalu, dijangka berulang lagi pada tahun ini dengan cadangan projek infrastruktur bernilai $1.5 trillion ini. Dengan dana kerajaan yang semakin kurang berikutan pemotongan cukai tahun lalu, hal ini dijangka akan ditentang oleh Demokrat dan sesetengah ahli Republikan, sekaligus menjadikan pergerakan US dolar menjadi tidak menentu. Kita tunggu dan lihat apa perkembangan seterusnya tentang cadangan projek ini.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat