Ini Risiko Utama Pasaran Yang Pelabur Perlu Hadam Sekarang!

268

US dolar masih menunjukkan corak pengukuhan pada dagangan Selasa semalam di sesi New York ketika pelabur semakin berwaspada menanti gelora lebih besar pada minggu hadapan.

Menantikan keputusan mesyuarat FOMC yang terakhir tahun ini, ketidaktentuan terhadap keputusan penetapan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) dilihat akan mengundang pergerakan tak menentu khususnya buat US dolar sehingga ke awal minggu hadapan.

Sebelum ini, Pengerusi Fed Jerome Powell telah menyatakan bahawa kenaikan kadar faedah sudah mula perlu diperlahankan.

Namun, data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan positif mencetuskan jangkaan untuk pengetatan dasar oleh bank pusat berkemungkinan masih akan diteruskan.

Menambah kewaspadaan pelabur, sentimen pasaran mula dilihat bercampur-campur menuju ke penghujung minggu.

Perkembangan positif di China dengan laporan pelonggaran sekatan di beberapa lokasi utama dilihat akan mendorong pemulihan seperti permintaan terhadap minyak mentah global.

Namun, aktiviti sektor perkhidmatan di China yang dilaporan jatuh ke paras terendah 6 bulan mula menyuntik kebimbangan semula.

Disebabkan itu juga, pasaran minyak mentah merosot lebih buruk setelah mempamerkan prestasi yang cemerlang di awal minggu khususnya pada harga minyak mentah Brent dan WTI AS.

Selain itu juga, ketegangan di antara Eropah dan Rusia turut menjadi perhatian dunia berkenaan had harga $60 setong dikenakan ke atas minyak mentah Rusia oleh G7. Namun, keputusan tersebut tidak dipersetujui oleh Rusia.

Laporan lain berkenaan Rusia, isu perang kembali hangat semula apabila dilaporkan bahawa Rusia telah melancarkan tembakan peluru berpandu ke Ukraine sehingga mengakibatkan kematian terbaru dan memusnahkan kediaman.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy memaklumkan 70 peluru berpandu telah dilancarkan dan sekurang-kurangnya 4 nyawa telah terkorban.

Pelabur berkemungkinan tambah waspada untuk berada dalam pasaran dengan sentimen pasaran yang dinilai kembali berisiko.

Pasaran-pasaran utama yang lain seperti saham, komoditi dan kripto juga kini berada dalam kemerosotan dengan faktor-faktor semasa yang mempengaruhi pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat