Ini Rupanya Sebab Emas Meningkat Walaupun Kadar Faedah Naik

1,141

Emas diniagakan sedikit meningkat selepas Federal Reserve (Fed) mengunjurkan ekonomi Amerika Syarikat mungkin mengalami kemelesetan susulan tindakan agresifnya dalam menaikkan kadar faedah.

Pada mesyuarat polisi terbaharunya, Fed telah memutuskan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas kepada 1.75% dan memberi indikasi bahawa kenaikan setengah mata asas atau tiga suku mata mungkin dilaksanakan pada mesyuarat seterusnya.

Walaupun begitu, bank pusat turut menurunkan unjuran ekonominya dengan ketara, di mana pertumbuhan untuk tahun ini dijangka meningkat hanya 1.7% berbanding 2.8% yang dianggarkan pada Mac.

Sementara kadar pengangguran dan inflasi pula dijangkakan meningkat pada tahun ini. Hal ini menunjukkan kesediaan bank pusat itu untuk mengambil risiko dalam usaha memerangi inflasi yang meningkat.

Kebimbangan terhadap kemelesetan membantu mengimbangi harga emas yang terkesan daripada keputusan Fed untuk menaikkan kadar faedah.

Ketika sesi Asia, harga emas sedikit berubah pada $1,832 per auns sedikit meningkat dari paras terendah empat minggu yang disentuhnya sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat