Ini Rupanya Sebab Ethereum (ETH) Kekal Cun Ketika Bitcoin (BTC) Suram!

956

Bitcoin (BTC) masih berhadapan dengan pembetulan, di mana ketika penulisan aset itu susut sebanyak lebih 1% kepada $52,048 dalam 24 jam setakat pagi ini.

Manakala, harganya untuk jangka masa sebulan telah susut 17% daripada rekod paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $61,711. Ada yang berpendapat penyusutan harga ke paras terkini disebabkan oleh tarikh pilihan minat terbuka Bitcoin yang berakhir pada Jumaat.

Tetapi, menurut ketua kajian Forbes Crypto, Steven Ehrlich terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketidaktentuan harga Bitcoin. Antaranya, beberapa pelabur institusi menukarkan aset itu kepada tunai untuk mendapatkan keuntungan.

Lebih menjadi kebimbangan bagi pasaran Bitcoin adalah bank pusat menaikkan kadar faedah. Mana-mana matawang kripto yang dilihat sebagai pelindung risiko inflasi kini didagangkan lebih seperti aset berisiko.

Ehrlich pada masa yang sama masih bullish terhadap BTC bagi jangka masa yang lama. Bagaimanapun, dia memberi amaran dalam masa terdekat, Bitcoin akan berhadapan dengan pembetulan kecil dan mungkin juga ‘sideways trading‘.

Menariknya, Bitcoin telah melonjak 679.5% sepanjang tahun manakala Ether melonjak lebih tinggi 1066.9% untuk jangka masa yang sama.

Mengapa Ether melonjak lebih tinggi? Ehrlich menjelaskan pelabur institusi mula menunjukkan minat terhadap ETH. Misalnya, firma teknologi China, Meitu telah menambah lagi pelaburan dalam Ether sebanyak $17.9 juta dan $22.1 juta dalam Bitcoin.

Sejak pasaran non-fungible token (NFT) mendapat perhatian, harga Ether juga menyaksikan peningkatan memandangkan kebanyakan token dibina di Ethereum. Platform itu juga menjadi pilihan bagi beberapa projek DeFi.

Ketika sektor ekonomi desentralisasi sedang berkembang dengan sebanyak lebih $38 bilion jumlah nilai terkunci (TVL), Ether berpotensi untuk melonjak lebih tinggi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat