Ini Rupanya Sebab Harga Ether Susut Tiba-Tiba

534

Ketika pelancaran Ethereum 2.0 (ETH 2.0) disifatkan sebagai satu kejayaan, harga Ether (ETH) nampaknya gagal untuk melonjak, susut mendadak ketika penurunan semula Bitcoin (BTC).

Harga Bitcoin dilaporkan susut lebih 9% dalam masa beberapa jam dan Ether pada masa yang sama melakukan pembetulan harga melebihi 11%.

Waktu penulisan mencatatkan harga Ether didagangkan pada $592, susut 0.43% dari nilai tertinggi 24 jam.

Sedia maklum Eth2 merupakan kunci pembaikan rangkaian block Ethereum, bertujuan untuk meningkatkan mutu scalability dan kapasiti transaksi teknologi hingga membolehkan ribuan transaksi sesaat, mungkin lebih banyak dalam jangka masa panjang.

Walaupun situasi pembetulan harga Ether telah dijangka selepas penambahbaikan Eth2, penyusutan lebih 11% mengundang perhatian pelabur aset itu.

Pembetulan tersebut berkemungkinan didorong oleh minat pasaran yang tinggi, sama seperti pertama kali teknologi itu diumumkan pada akhir November hingga menyebabkan harga aset itu susut dari $620.

Ketika ini pelabur menjangkakan pembetulan semula harga dalam masa terdekat atau mungkin fenomena consolidations (penyatuan) sebelum harga Ether melonjak semula.

Harga $561 akan kekal sebagai paras sokongan bagi ETH jika pembetulan semula harga berterusan dan aset tersebut berpotensi untuk melonjak jika kenaikan harga terus berada di atas paras $620.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat