Ini Saham Pilihan Pakar Wall Street Semasa Berlaku Ketidaktentuan Pasaran

765

‘Ada jugak sinar buat pelabur saham diluar sana!’

Menjengah pengakhiran separuh pertama 2022, pasaran ekuiti kekal suram ditambah lagi dengan pengetatan dasar yang agresif oleh Federal Reserve (Fed) dalam usaha mengawal inflasi di Amerika Syarikat (AS).

Rentetan itu, pelabur dilihat beralih keluar dari ekuiti untuk mencari tapak yang lebih kukuh dalam jangka panjang berbanding keuntungan cepat.

Namun masih terdapat sesetengah pelabur yang menaruh harapan kepada prospek ekuiti, maka beberapa pakar Wall Street telah mencadangkan saham-saham yang berpotensi di sebalik ketidaktentuan pasaran.

Apple

  • Sungguhpun gergasi iPhone ini mengalami penurunan penjualan akibat isu rantaian bekalan, ia kekal sebagai syarikat $2 trilion dengan prospek jangka panjang yang kukuh.
  • Penganalisis Deutsche Bank, Sidney Ho, menetapkan status ‘buy’ sungguhpun mengurangkan sasaran harga (TP) $200 kepada $175.
  • Beliau percaya prestasi syarikat kekal utuh berbanding mega cap lain walaupun sahamnya susut 26% setakat tahun ini.
  • Tambahnya, saham Apple dijangka mencapai paras tertinggi dalam tempoh 5 tahun iaitu lebih 30 ganda pendapatan sesaham bagi masa 12 bulan akan datang.

NetApp

  • Syarikat penyedia storan awam ini menjadi pertaruhan Ho walaupun sahamnya susut 30% setakat tahun ini.
  • Ini kerana syarikat menunjukkan keupayaan pelaksanaan luar biasa dalam mengekalkan kunci kira-kira dan tunai bersih di sebalik turun naik pasaran.
  • Ho juga bertaruh untuk prospek jangka panjang syarikat dengan rancangan penggabungan dan pengambilalihan, yang pasti akan mengembalikan pertumbuhan syarikat.
  • TP syarikat diturunkan dari $90 ke $84 dan status ditukar kepada ‘hold’, mencerminkan prospek jangka panjang.

Oracle

  • Satu lagi gergasi penstoran awam yang mencatat keputusan suku tahunan yang agak baik semasa ketidaktentuan pasaran.
  • Pemerolehan syarikat terhadap firma komputer teknologi, Cerner, dilihat membawa manfaat kepada pendapatan suku pertamanya.
  • Penganalisis Monness Crespi Hardt & Co, Brian White, dilihat bertaruh dengan momentum syarikat yang dijangka akan berterusan sehingga tahun fiskal 2023.
  • Asas yang dipegang White adalah potensi peningkatan ketara syarikat kepada penilaian semasa walaupun TP pendapatan 12 bulan hadapannya berada di atas penilaian tertinggi.

IHS Holding

  • Gergasi telekomunikasi ini telah menjadi pilihan hati Jonathan Atkin dari RBC Capital Markets dengan catatan suku tahunan yang optimis sungguhpun sahamnya merosot 28% setakat tahun ini.
  • Ulas Atkin, pendedahan syarikat dalam pasaran Afrika yang mempunyai kadar pertumbuhan pelanggan tertinggi akan menjadi senjata utama dalam memacu perkembangan jangka panjangnya.
  • Rentetan itu, beliau telah meletakkan status ‘buy’ dengan TP $21 terhadap syarikat dan bertaruh kepada prospek syarikat dalam pasaran Nigeria.

Bank of America

  • Satu-satunya firma yang memanfaatkan persekitaran kenaikan kadar faedah oleh Fed, yang akan meningkatkan pendapatan faedah bersih bagi tempoh terdekat.
  • Perkara ini telah dipersetujui Gerard Cassidy dari RBC Capital yang menyatakan anggaran pendapatan faedah bersih firma diimbangi pada 2022 dengan lebih rendah daripada jangkaan hasil perbankan pelaburan.
  • Oleh itu, Cassidy bertaruh dalam keuntungan bank menjelang kitaran pengetatan dasar monetari sungguhpun mengurangkan TP dari $51 kepada $45.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat