Ini Saham-Saham Yang Akan Terkesan Jika Perang Dagang Terus Tegang! – Penganalisis

468

Pasaran saham dibuka bercampur pada hari ini apabila terdapat laporan bahawa China akan menetapkan beberapa syarat untuk perbincangan ini. Salah satunya ialah dengan meminta US mengeluarkan Huawei dalam daftar entiti yang disenarai hitam.

Menurut pengurus penganalisis Barclays Maneesh S. Deshpande dan Emmanuel Cau, mereka telah menjalankan kajian terhadap impak kesan perang dagang antara AS dan China, Mexico dan Eropah.

Jika perang dagan antara US-China semakin tegang, penganalisis menjangkakan bahawa saham-saham dalam bursa S&P 500 akan terkesan sebanyak 2%. Antara sektor yang akan paling terkesan ialah sektor industri dan teknologi maklumat.

Tambah penganalisis, pengharaman terhadap teknologi Huawei akan memberi manfaat kepada syarikat-syarikat pesaing Huawei dan menjangkakan jualan syarikat pesaing akan meningkat.

Namun jika China meneruskan pelan senarai entiti yang tidak boleh dipercayai maka banyak syarikat-syarikat AS akan terkesan. Baru-baru ini, FedEx merupakan antara syarikat yang menjadi perhatian China.

Bagi syarikat-syarikat AS yang terdedah dengan pasaran mahupun perniagaaan di China seperti Apple, jika produk mereka dikenakan tarif maka Apple berkemungkinan akan meningkatkan harga produk mereka atau mengurangkan margin keuntungan atau kedua-dua sekali. Jangkaan penganalisis, sektor teknologi maklumat akan terkesan sebanyak 0.8%.

Bagi hubungan perdagangan antara AS-Mexico, jika hubungan perdagangan semkin tegang dan lebihan tarif dikenakan maka ia akan memberi impak terhadap saham-saham tenaga dan auto. Bursa S&P mungkin akan terkesan 2.5%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat