Ini Saham Yang Jadi Tumpuan Pelabur Menjelang Hujung Minggu

606

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.59 mata pada 1,526.38 daripada penutupan Khamis pada 1,523.79.

Ia dibuka tinggi ekoran aktiviti bargain hunting bagi saham wajaran tinggi yang dipacu oleh Petronas Gas Bhd (PetGas) dan Sime Darby Plantation.

Indeks dibuka 1.59 mata pada 1,525.38.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 175 berbanding 160, manakala 250 kaunter pula tidak berubah, 1,738 tidak didagangkan dan 20 digantung.

Jumlah perolehan pada 214.78 juta unit bernilai RM830.31 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan walaupun aktiviti bargain hunting terjadi dalam beberapa sektor pilihan, namun peningkatan turun naik merentas bursa serantau yang ditambah dengan kebimbangan terhadap pendapatan korporat mungkin menjejaskan sentimen pelabur.

Tambahnya lagi, pilihan raya negeri Melaka mungkin menjejaskan aktiviti perdagangan di seluruh bursa tempatan.

Selain itu, para pelabur mungkin memberi tumpuan pada sektor yang mempunyai perolehan pendapatan yang tinggi seperti saham perbankan dan perladangan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) masing-masing kekal pada RM8.04 dan RM8.31 sementara Public Bank Bhd dan IHH Healthcare Bhd naik 2 sen pada RM4.07 dan RM6.55.

Saham aktif memperlihatkan Tanco Holdings Bhd turun 0.5 sen pada 26.5 sen, KNM Group Bhd susut 1 sen pada 17 sen dan Avillion Bhd tambah 1 sen pada 14 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas bertambah 16.67 mata ke 11,248.13, indeks FBMT 100 meningkat 15.09 mata ke 10,902.60, indeks FBM Emas Shariah menaik 16.71 mata pada 12,229.07 manakala FBM ACE menurun 8.41 mata pada 6,808.47 dan FBM 70 merundum 7.13 mata pada 14,797.13.

Indeks Industrial Products and Services meningkat 0.15 mata pada 199.28, indeks Perladangan menaik 22.48 mata pada 6,614.02 dan indeks Perkhidmatan Kewangan bertambah 22.69 mata pada 15,195.68.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat