Ini Saham Yang Pacu Pengukuhan Wall Street!

282

Saham global terus mendapat sokongan untuk meningkat pada hari Khamis berikutan sentimen positif yang berterusan menyokong aset berisiko.

Di Wall Street, saham dirangsang oleh keuntungan dalam saham teknologi, tetapi ekuiti bank serantau di bawah tekanan selepas pentadbiran Presiden Joe Biden mencadangkan langkah lebih kukuh untuk membantu kurangkan risiko.

Dow Jones Industrial meningkat 0.43% kepada 32,859.04. Sementara S&P 500 menokok 0.57% pada 4,050.82 dan Nasdaq pula lonjak 0.91% pada 12,963.14.

Indeks US30 pula mengukuh pada sekitar 32,903.50 ketika sesi dagangan Asia.

Apple Inc, Amazon.com Inc, Microsoft Corp adalah antara penggerak terbesar dalam saham gergasi teknologi, tetapi Alphabet (Google) pula berbeza dengan mencatat penyusutan sebanyak 0.5%.

Lonjakan-lonjakan tersebut telah membantu Nasdaq untuk mencapai paras tertinggi tujuh bulan.

Keseluruhannya, pasaran saham AS masih kuat walaupun telah diperlihatkan oleh laporan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang kurang memberangsangkan.

Data itu menunjukkan bahawa ekonomi AS berkembang 2.6% pada suku keempat 2022, berbanding jangkaan untuk meningkat 2.7%.

Namun, memandangkan pasaran sedang berada pada hari terakhir untuk dagangan minggu ini, bulan Mac dan suku pertama 2023, pelabur tetap berhati-hati dengan sebarang aktiviti profit taking.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat