Ini Saranan Penganalisis Terhadap Sektor Telekomunikasi

382

Kenanga Research mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor telekomunikasi berikutan keperluan teknologi 5G di bawah inisiatif inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) di negara ini mungkin kurang penting buat masa ini.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, Kenanga berkata mewujudkan asas yang lebih kukuh akan meningkatkan persediaan terhadap teknologi 5G nasional serta membolehkan pelaksanaan yang lebih lancar.

“Berikutan keupayaan rangkaian menjadi lebih menyeluruh, terdapat kemungkinan untuk kita melihat tawaran yang lebih baik pada masa depan,” katanya seperti dipetik oleh Bernama.

Telekom Malaysia (TM) kekal sebagai pilihan Kenanga dalam sektor ini memandangkan talian tetap/jalur lebar terus kukuh terhadap daya saing harga yang tinggi bagi perkhidmatan mudah alih.

“TM berupaya memainkan peranan penting dalam pelaksanaan rangkaian 5G, disokong oleh rangkaian fiber yang meluas bagi menyokong perkhidmatan hala baliknya,” ujar firma itu lagi.

Sementara itu, CGS-CIMB Research turut mengulangi penarafan ‘neutra’l terhadap telko tempatan kerana ia menyaksikan pengewangan data yang lemah dan prospek pertumbuhan hasil bagi operator mudah alih untuk tahun kewangan 2020 dan 2021.

“Pengurangan yang selanjutnya bagi kadar borong Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP) dirasakan tidak mungkin memandangkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berpuas hati dengan keupayaan semasa perkhidmatan jalur lebar fiber.

“Kami yakin pendekatan pragmatik MCMC menerusi JENDELA adalah positif bagi telco Malaysia,” menurutnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat