Ini Sebab AUD/USD Berpotensi Untuk Terus Melonjak

512

Dolar Australia pamerkan lonjakan pada sesi Asia pagi ini susulan minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) diterbitkan sebentar tadi.

Meneliti butiran minit, ahli jawatankuasa mesyuarat mengesahkan bahawa kadar faedah tidak akan dinaikkan sehingga kemajuan dilihat menuju sasaran pekerjaan penuh serta inflasi.

RBA bersetuju untuk terus mengekalkan polisi akomodatif selama mana yang diperlukan ekonomi bertujuan menyokong pemulihan.

Seterusnya, menyusul pula terbitan data ekonomi China yang positif juga akan memberi impak yang baik terhadap Australia.

Faktor lain yang turut menyokong dolar Aussie adalah laporan syarikat penghasil vaksin meneruskan operasi ujian setelah dihentikan sementara sebelum ini.

Para pengkaji memberi ramalan vaksin akan bersedia pada November atau Disember.

Faktor yang meningkatkan dagangan matawang berpulangan tinggi seperti dolar Aussie ini juga turut menjadi faktor yang sama melemahkan dagangan US dolar sebagai matawang safe-haven.

US dolar turut akan dijangka bergerak perlahan ekoran pelabur berhati-hati menjelang keputusan mesyuarat FOMC serta kenyataan polisi oleh bank pusat, Federal Reserve (Fed).

Diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD, harga telah melonjak pada sesi Asia dari paras 0.72700 sehingga melepasi paras 0.73000.

Kenaikan tersebut juga kembali melepasi semula paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga yang berkemungkinan memberi isyarat trend bullish selepas harga mendatar di sekitar paras tersebut beberapa sesi sebelum ini.

Kenaikan harga dilihat akan menguji zon tumpuan sekitar 0.73400 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi berkemungkinan mencapai ke zon resistance pada 0.74000.

Sebaliknya jika harga kembali menjunam semula, harga yang berjaya turun sehingga melepasi paras 0.72400 dilihat akan menuju ke paras terendah minggu lalu pada sekitar 0.72000.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat