Ini Sebab Dogecoin 2.0 Terima Amaran Selepas Meroket Lebih 170%

1,775

Walaupun menerima amaran daripada Dogecoin Foundation, Dogecoin 2.0 (DOGE2) berjaya mencatatkan lonjakan lebih 170%, daripada $0.075 kepada $0.119 hanya dalam tempoh masa 24 jam.

DOGE2 merupakan copycat DOGE yang tampil mengaku sebagai ‘Upgraded Dogecoin’ dalam bentuk token kewangan desentralisasi (DeFi) di Binance Smart Chain (BSC).

Token ini dilancarkan pada awal Mei, disusuli dengan penyenaraian di beberapa bursa lain menyebabkan harganya meroket tinggi dalam masa yang singkat.

Kemunculan DOGE2 mengundang rentan dari pihak Dogecoin Foundation yang telah memberi amaran tegas kepada Dogecoin 2.0:

Kami berharap pihak mereka pertimbangkan permintaan penukaran nama baru bagi projek tersebut supaya tidak melanggar hak dan reputasi projek Dogecoin. Kami teruja menantikan sebarang inovasi mereka pada masa akan datang.

Untuk pengetahuan, Dogecoin Foundation sama sekali tidak terlibat dengan penubuhan DOGE2.

Persamaan dari segi namanya, Dogecoin-Dogecoin 2.0 berpotensi untuk menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pelabur, terutama jika projek DOGE2 berhadapan dengan isu besar.

Dogecoin Foundation merupakan sebuah organisasi yang menyediakan sokongan terhadap pembangun dan projek-projek berkaitan Dogecoin. Organisasi ini juga turut menyenaraikan pengasas Ethereum, Vitalik Buterin dan Elon Musk sebagai ahli lembaga yang baharu.

Ketika penulisan, DOGE2 didagangkan pada $0.1146. Aset ini mencatatkan rekod paras tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu, $0.16 pada awal pagi tadi, menunjukkan penyusutan lebih 25%.

Manakala DOGE mencatatkan nilai dagangan $0.29, susut lebih 2% dalam 24 jam dan lebih 60% daripada ATH, $0.74 pada 8 Mei lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat