Ini Sebab Dolar NZD Menjunam Sebentar Tadi

706

Matawang dolar New Zealand pada sesi pasaran Asia hari ini mengalami kejatuhan apabila laporan terbaru daripada bank pusat bahawa Timbalan Gabenor Reserve Bank of New Zealand (RBNZ), Geoff Bascand menyatakan peningkatan pada modal simpanan bank (bank capital) akan mendorong kepada situasi pemotongan kadar faedah.

Bascand memberitahu bahawa RBNZ sedang dalam perancangan untuk meningkatkan keperluan modal untuk bank dari masa ke masa dan menambah lagi bahawa dengan tindakan tersebut akan menjurus kepada pengetatan margin pada keadaan kewangan seterusnya akan mendorong kepada tindakan penurunan kadar.

Pergerakan harga pada pasangan matawang NZD/USD telah menjunam sekitar 50 pips selepas laporan tersebut dikeluarkan sebentar tadi.

Harga pada chart NZD/USD yang bergerak di bawah paras Magic Pivot 0.6825 hari ini kemudiannya telah turun menguji paras RBS (resistance become support) pada 0.67700 juga berhampiran paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line.

Jika Kiwi terus didagangkan lemah, harga mampu mencecah penurunan sekitar tambahan 40 pips lagi penurunan menuju ke paras zon support pada 0.67300.

Berkemungkinan juga harga akan membuat pembetulan harga (correction) ke paras SBR (support become resistance) pada 0.68200 atau paras Magic Pivot dahulu sebelum kembali menyambung penurunan semula.

Lihat gambar chart NZD/USD di bawah untuk membantu anda mencari peluang terbaik untuk posisi dagangan anda beserta kawalan risiko yang bersesuaian.

 

 

Lihat paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk rujukan analisis teknikal anda.

Paras support: 0.6773, 0.6745, 0.6693.

Paras resistance: 0.6852, 0.6904, 0.6932.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat