Ini Sebab Eur/Usd Secara Tiba-Tiba Menjunam Sebentar Tadi

49

Matawang Euro secara tiba-tiba jatuh 70 pip sebentar tadi dari paras 1.1270 kepada 1.1210 setakat pada pukul 6.45 petang. Eur/Usd berada dalam dagangan yang tidak menentu sejak dua minggu lalu dengan trend dilihat menaik dalam jangka pendek.

Sumber melaporkan bahawa ECB meramalkan dalam laporannya esok yang akan memotong jangkaan inflasi bank pusat di sekitar 1.50% sehingga 2019.

Laporan ini dilihat sebagai ramalan yang agak mengecewakan pasaran, di mana tekanan inflasi di kalangan negara anggota euro masih lemah. Selain itu, ECB juga diberitakan akan menaikkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 0.1% menjelang 2019.

Apa yang menyebabkan kejatuhan Euro adalah jangkaan kepada polisi monetari ECB yang akan meneruskan polisi yang longgar dengan ramalan inflasi yang rendah.

Sebelum ini, pasaran menjangka ECB akan mengurangkan kenyataan yang berbaur ‘dovish‘ selepas data-data Zon Eropah mencatat bacaan yang memberangsangkan sejak akhir-akhir ini.

Oleh itu, dengan keluarnya laporan yang mengatakan ECB akan memotong ramalan inflasi menyebabkan pasaran sedikit goyah dengan berita yang cenderung kepada pelonggaran polisi. Hal ini lah yang menyebabkan euro menjunam sebentar tadi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat