Ini Sebab Firma Block Inc Milik Jack Dorsey Disiasat

92

Biro Perlindungan Kewangan Pengguna (CFPB) membawa kes pengasas Block Inc, Jack Dorsey ke mahkhamah persekutuan atas dakwaan Block gagal mematuhi tuntutan penyiasatan berkenaan Cash App.

Cash App merupakan platform terkenal di kalangan pengguna untuk melakukan urus niaga saham serta Bitcoin.

CPFB bersama Mahkhamah Daerah AS telah memfailkan petisyen kepada Daerah Utara California bertujuan menuntut tuntutan penyiasatan sivil berkaitan dengan pengendalian aduan pertikaian oleh Cash App.

Pendakwaan daripada CFPB menyatakan bahawa Block Inc harus menyediakan semua dokumen dan data yang diminta pada Ogos 2020 dan Ogos 2021, tetapi sehingga kini tidak diberikan.

Namun begitu, Block meluahkan rasa kekecewaannya kerana Block selalu berkomunikasi serta berkerjasama, akan tetapi CFPB telah memfailkan petisyen terhadapnya.

Menurut Block, mereka telah tunggu berminggu-minggu untuk CFPB membalas komunikasi terbarunya, yang menggariskan skop respons sebelum ini bagi menetapkan garis masa yang dicadangkan untuk baki pengeluaran bahan serta mengemukakan soalan penjelasan kepada biro.

Walau bagaimanapun, CFPB berkata bahawa ia telah menghubungi peguam Block beberapa kali untuk permintaan dokumen dan data termasuklah menyetujui tarikh akhir yang dilanjutkannya. Tetapi, Block masih gagal menyediakan dokumen untuk enam soalan khusus yang dibangkitkan oleh CFPB.

Selain itu, Biro juga menyatakan bahawa Block gagal memfailkan petisyen rasmi bagi mengubahsuai atau mengetepikan tuntutan penyiasatan. Tambahnya lagi, Block Inc juga belum memberikan tarikh tetap untuk mengeluarkan dokumen berkaitan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat