Ini Sebab Harga Minyak Kecundang Lebih Parah!

262

Kebimbangan terhadap prospek permintaan yang kembali menghantui pasaran minyak mentah telah mendorong dagangan komoditi hitam susut lebih rendah pada Rabu.

Niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat jatuh pada sekitar harga $85 setong, paras terendah sejak Januari.

Selain itu, dagangan minyak mentah Brent pula merosot ke paras terlemah sejak Februari dengan didagangkan pada $91 setong.

Di China, lebih banyak bandar utama telah memperkenalkan penutupan Covid-19 baharu yang dilihat akan menjejaskan ekonomi selanjutnya dan mengurangkan permintaan bahan api dari pengguna kedua terbesar dunia itu.

Sementara itu, OPEC+ pada awal minggu secara tidak dijangka memutuskan pemotongan pengeluaran sebanyak 100,000 tong sehari mulai Oktober, namun langkah itu gagal menahan penurunan harga minyak yang ketara.

Dalam pada itu, seiring dengan aset berisiko lain, harga minyak mentah turut mengalami tekanan daripada nilai US dolar yang lebih kuat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat