Ini Sebab Harga Minyak Kembali Melonjak Dalam Sesi Asia!

49

Harga minyak mentah kembali melonjak dalam sesi Asia apabila para pelabur menyaksikan kejatuhan mendadak untuk stok simpanan minyak mentah minggu ini.

Minyak mentah melonjak dalam sesi ini sebanyak 1.19% kepada $45.88 setong.

Semalam, harga minyak jatuh ke tahap terendah semasa sesi Eropah selepas data tidak rasmi yang dikeluarkan sebelum ini menunjukkan bahawa bekalan minyak mentah di Amerika Syarikat meningkat minggu lepas.

Maklumat Tenaga Amerika Syarikat dalam laporan mingguannya melaporkan bahawa minyak mentah meningkat sebanyak 14.4 juta tong pada minggu berakhir 28 Oktober.

Jumlah inventori minyak mentah pada minggu lalu berjumlah 482.6 billion, dan dianggap sebagai paras tertinggi untuk tahun ini.

Pun begitu, dalam laporan yang sama, inventori petrol turun mendadak dari ramalan awal pasaran.

Sementara itu, pasaran minyak mentah kekal ragu-ragu terhadap keputusan yang bakal dicapai oleh OPEC apabila kebanyakan pengeluar utama dikatakan tidak akan mengambil bahagian dalam perjanjian pembekuan bekalan yang telah dipersetujui sebelum ini.

Pandangan Gabenor Mengenai Polisi Ekonomi Kanada

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat