Ini Sebab Kenapa Harga Emas Naik Semula Walaupun USD Kukuh!

704

Pelabur pada pembukaan sesi Eropah menyaksikan pendakian semula yang dipamerkan oleh harga emas setelah berlegar di sekitar harga $1,800 per auns pada sesi sebelum ini.

Spot emas diniagakan meningkat pada $1,811 per auns ketika pasaran melangkah ke sesi Eropah, manakala niaga hadapan emas pula positif pada $1,812 per auns.

Dagangan emas telah meraih sokongan daripada kemerosotan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun ke paras terendah lima bulan, ketika dolar greenback terus mempamerkan pengukuhan di tengah kebimbangan terhadap penularan coronavirus yang semakin meningkat.

Penyusutan hasil bon gagal menarik US dolar untuk susut bersamanya, malah raja matawang itu didagangkan lebih tinggi berbanding pesaing utama lain kerana nilainya yang juga dianggap sebagai safe-haven.

Jumlah kes harian coronavirus di seluruh dunia terus mempamerkan peningkatan, terutama Australia dan Indonesia yang terjejas teruk akibat varian virus Delta. Amerika Syarikat turut mencatatkan peningkatan kes, lebih-lebih lagi di kawasan yang masih belum divaksin.

Hal ini telah memberi manfaat buat matawang dan aset safe-have untuk meningkat, tetapi US dolar didagangkan lebih kuat memandangkan ia juga turut disokong oleh prospek pengetatan dalam dasar monetari AS.

Sementara itu, di sisi lain, perak sedikit meningkat 0.6% pada $25.15 per auns, setelah mencapai paras terendah lebih dari tiga bulan pada awal sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat