Ini Sebab Kenapa Kenyataan Fed Harker Perlu Diberi Perhatian!

492

Presiden Federal Reserve (Fed) Philadelphia, Patrick Harker menyatakan pandangannya bahawa pelaksanaan kenaikan kadar faedah oleh bank pusat akan selesai tidak lama lagi.

Bercakap tentang prospek ekonomi dalam satu acara pada Selasa, Harker berkata impak penuh tindakan dasar monetari boleh mengambil masa sehingga 18 bulan terhadap ekonomi.

Oleh itu, para penggubal dasar akan terus melihat dengan teliti data yang masuk untuk menentukan tindakan tambahan jika diperlukan.

Pun begitu, Harker menegaskan pendirian Fed masih berpegang kepada usaha mengembalikan semula inflasi kepada sasaran 2%.

Pada mesyuarat polisi Mac, bank pusat itu telah memberi isyarat bahawa kebanyakan pembuat dasar menjangkakan satu lagi kenaikan sebelum menghentikannya.

Dalam sesi soal jawab selepas ucapannya, Harker mengakui bahawa beliau adalah salah seorang daripada penggubal dasar yang menyokong tindakan itu.

Ujarnya, bacaan inflasi baru-baru ini menunjukkan penurunan inflasi berlaku pada kadar yang perlahan dan ia adalah mengecewakan.

Namun begitu, Fed sudah mula melihat tanda-tanda yang menjanjikan bahawa kenaikan agresif yang dilaksanakannya berfungsi, terutamanya untuk menurunkan harga rumah.

Data inflasi AS yang akan diterbitkan malam ini, bukan sahaja menjadi tumpuan utama pasaran tetapi juga Federal Reserve (Fed).

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat