Ini Sebab Kenapa KFC Gagal di Israel

1,171

Dalam banyak-banyak negara di dunia, mengapa francais restoran makanan segera terkemuka, KFC lingkup di Israel?

Dalam artikel kali ini, penulis akan kupas punca KFC sukar untuk ‘hidup’ di Israel.

KFC merupakan rangkaian restoran makanan segera kedua terbesar di dunia selepas McDonald’s.

Rakyat di negara ini khususnya sangat sukakan KFC. Pernah tercetus satu era apabila masyarakat di negara ini menganggap KFC lebih daripada sekadar makanan segera.

Pernah atau tidak, anda mengalami situasi seperti jika keputusan peperiksaan cemerlang, ibu bapa anda akan membelikan KFC sebagai ganjaran.

Segala bentuk jamuan seperti jamuan hari jadi atau jamuan kelas di sekolah, pilihan utama tentunya KFC. Dail sahaja nombor atau pesan melalui aplikasinya, terus sampai ke rumah anda. Semudah itu sahaja.

KFC Malaysia pernah mengadakan promosi pada 20/2/2020 dengan menawarkan hidangan ‘snack plate’ untuk 2 set berharga hanya RM20.

Promosi itu membuatkan rakyat Malaysia terpaksa beratur panjang kerana ramai yang tidak mahu ketinggalan mendapatkan promosi terbabit.

Sangat hebat impak KFC kepada rakyat negara ini tetapi mengapa KFC tidak mendapat sambutan menggalakkan di Israel?

KFC telah gagal sebanyak 3 kali di Israel. KFC ‘mencuba nasibnya’ dari tahun 1980an dan pada 2012, KFC menutup operasinya di Israel.

Seperti kita sedia maklum, orang Israel kebanyakannya beragama Yahudi dan mereka hanya makan makanan ‘kosher’.

‘Kosher’ merupakan istilah yang digunakan bagi menggambarkan makanan yang mematuhi standard diet ketat oleh peraturan tradisional Yahudi.

Makanan ‘kosher’ ini tidak mengandungi babi dan segala binatang yang dimakan perlu disembelih, sama seperti yang dituntut dalam agama Islam. Selain itu, makanan kosher juga melarang campuran hasil tenusu dengan daging.

Disebabkan ayam goreng KFC mempunyai bahan utama yang mengandungi tepung susu, maka orang Yahudi menolak sekeras-kerasnya KFC yang dianggap tidak ‘kosher’.

Maka, KFC pun membuat kajian selama 2 tahun untuk mengolahkan resipi KFC supaya menjadi ‘kosher’. KFC bertindak menggantikan tepung susu dengan tepung soya.

Namun, malangnya ayam goreng berkenaan menjadi tidak sedap, tidak sama rasanya seperti ayam goreng KFC yang asal. Adunan tepung juga tidak sebati, serba tidak kena.

Berbeza dengan makanan McDonald’s, menu utamanya adalah burger dan jika membuang keju daripada menunya, tidak akan memberi sebarang kesan kepada rasa burger itu.

Atas faktor itu, orang Yahudi tidak mempunyai masalah untuk makan makanan McDonald’s.

Bagaimanapun, produk dari Amerika Syarikat (AS) itu tidak mengenal erti putus asa apabila KFC sekali lagi mencuba nasibnya di Israel.

Pada Februari tahun lalu, KFC memasuki semula pasaran Israel dan membuka tiga cawangan di sana. Kali ini, KFC mengekalkan resipinya yang asal.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat