Ini Sebab Keputusan RBA Pacu Lonjakan Dolar Aussie

248

Bank Pusat Australia (RBA) mengekalkan dasar monetarinya tidak berubah pada mesyuarat yang berlangsung hari ini, mengetepikan tekanan untuk mengikut jejak Federal Reserve (Fed).

RBA menetapkan kadar faedah kekal di thap terendah 0.1%, dengan mengatakan dasar akomodatif masih diperlukan untuk mengembalikan kestabilan pasaran buruh bagi memacu pertumbuhan upah lebih tinggi.

Selain itu, bank pusat juga mengulangi pendirian bahawa ia tidak akan meningkatkan kadar sehingga inflasi berada pada sasaran 2-3% bank pusat, yang mana ia dilihat tidak mungkin dicapai dalam tempoh 2 tahun.

Keputusan RBA mencerminkan para penggubal dasar masih berhati-hati dengan pemulihan semasa di tengah ancaman terbaru daripada varian Omicron ketika ekonomi Australia baru sahaja bangkit dari sekatan sebelum ini.

Walaupun begitu, reaksi awal yang dipamerkan dolar Aussie adalah sebaliknya, menyaksikan matawang antipodean itu menokok lebih tinggi pada sesi Asia.

Peningkatan ini mungkin didorong oleh kenyataan bank pusat yang optimis mengenai ekonomi semasa, di mana perbelanjaan pengguna yang dilihat melantun lebih kuat dan prospek terhadap pelaburan perniagaan juga telah meningkat.

RBA juga mengatakan ekonomi dijangka akan kembali ke tahap pra-pandemik pada separuh pertama tahun 2022 berikutan indikator utama menunjukkan pemulihan yang kuat dalam pasaran buruh.

Kenyataan ini dilihat sebagai petunjuk bahawa pembelian bon akan dikurangkan atau berakhir pada bulan Februari depan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat