Ini Sebab Lonjakan Matawang CAD Semalam, Keyakinan di Kanada

400

Matawang dollar Kanada (CAD) menjadi matawang paling kuat pada Isnin apabila menguat berbanding matawang utama yang lain. Pasangan matawang USD/CAD jatuh sehingga hampir 95 pip ke paras terendah Isnin, EUR/CAD dan GBP/CAD pula jatuh sehingga 110 pip.

Lonjakan oleh Loonie bermula selepas tinjauan perniagaan (Business Outlook Survey) dikeluarkan oleh Bank of Canada (BoC) pada pukul 10.30 malam.

Tinjauan tersebut menunjukkan, syarikat-syarikat di Kanada menjangka peningkatan jualan di samping halangan kapasiti dengan jangkaan terhadap pelaburan naik ke paras tertinggi. Oleh itu, pasaran menjangka tekanan harga akan meningkat pada kadar tertinggi yang dilonjakkan oleh tariff perdagangan.

Tinjauan ini juga dibuat menjelang persetujuan dalam perjanjian USMCA (United States Mexico Canda Agreement) pada hujung bulan lalu. Ini menunjukkan perniagaan di Kanada adalah lebih optimistik dengan perjanjian tersebut di mana banyak ketakpastian perdagangan sebelum ini terbatal.

Majoriti firma di Kanada juga menjangka pertumbuhan eknomi Amerika Syarikat yang kukuh beberapa tahun akan datang yang disumbangkan oleh perubahan cukai, perbelanjaan tinggi kerajaan dan juga pengukuhan sektor tenaga.

Oleh sebab inilah, pemain-pemain pasaran dilihat menyerap (priced-in) kenaikan kadar faedah BoC sebelum mesyuarat seterusnya yang berlangsung pada 24 Oktober ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat