Ini Sebab Lonjakan USD Bersama AUD Serta Kejatuhan Matawang Yen Sejak Pagi Tadi

769

Sentimen menjadi semakin baik dalam sesi Asia pada hari Selasa selepas ucapan oleh Presiden China Xi Jinping di dalam satu majlis forum di Hainan.

US dollar melonjak berbanding Yen pada awal pagi tadi dengan matawang Yen turut melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain. Pada mulanya USD/JPY dalam lewat sesi dagangan New York pada Isnin jatuh sebanyak 50 pip disebabkan kebimbangan pasaran terhadap komen terbaru Trump. Namun, pair ini melonjak semula sebanyak 62 pip selepas ucapan Xi Jinping pagi tadi.

Dengan kejatuhan Yen ketika ini, boleh dikatakan sentimen pasaran semakin pulih terhadap perang perdagangan AS-CHINA. Jinping dalam ucapannya berjanji untuk mengurangkan tariff terhadap produk yang termasuk automobil.

Bukan itu sahaja Xi Jinping juga menunjukkan komitmen mereka untuk membuka ekonomi China lebih luas. Komen terbaru oleh pemimpin China ini muncul selepas kritikan Trump terhadap tariff China yang lebih besar berbanding Amerika pada Isnin.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain naik 0.07% setakat pada pukul 3 petang.

Matawang-matawang yang mudah terkesan oleh sentimen pasaran bergerak dengan signifikan selepas komen Xi Jinping. Yen dapat dilihat melemah secara keseluruhan dengan matawang AUD dan NZD mendapat manfaat dengan membuat kenaikan yang jelas berbanding matawang utama yang lain.

AUD/USD setakat ini naik 0.49% dan NZD/USD naik 0.49%. EUR/USD dan GBP/USD masing-masing susut 0.02% dan naik 0.11% setakat pada pukul 3.04 petang.

Bukan itu sahaja, Komen Xi Jinping juga menyebabkan sentimen pasaran saham semakin baik dengan indeks-indeks utama saham Asia ditutup lebih tinggi. Pembukaan awal pasaran Eropah juga menunjukkan indeks utama Eropah seperti DAX (Jerman) naik 1.03%, CAC40 (Perancis) naik 0.72% dan FTSE100 (UK) naik 0.53%.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat