Ini Sebab Mengapa Angka Kematian COVID-19 Di Itali Lebih Tinggi Daripada China!

1,926

Sehingga ke hari ini, angka kematian akibat wabak pandemik di Itali telah mencecah 8,215 manakala di China mencatatkan kematian sebanyak 3, 292. Sedangkan wabak tersebut dikatakan berpunca daripada sebuah pasar yang terletak di wilayah Wuhan, China.
Sehubungan dengan itu, terdapat banyak persoalan yang timbul berkaitan dengan isu berkenaan. Ramai yang tertanya-tanya apakah yang menjadi faktor kepada peningkatan angka kematian yang mendadak di Itali.

Justeru itu, 2 orang pakar kesihatan telah mendedahkan beberapa perkara yang menjadi penyebab kepada peningkatan angka kematian yang mengejutkan di negara itu.

Menurut Alexander Edwards, seorang pakar imunologi, wabak tersebut telah tersebar dengan meluas sebelum orang ramai menyedari akan kewujudannya. Kebanyakan negara Eropah menganggap bahawa coronavirus merupakan masalah negara lain dan tidak mahu mengambil tahu tentangnya. Oleh yang demikian, sifat tersebut telah menjadi salah satu faktor kepada penyebaran wabak yang pantas di negara Eropah khususnya Itali dan Sepanyol.

Di samping itu, Itali juga dianggap lambat bertindak dalam menangani wabak berkenaan dengan kebanyak rakyat yang masih berdegil lalu melanggar perintah berkurung yang telah dikuatkuasakan.

Sementara itu, seorang epidemiologi, Michael Tildesley berkata peningkatan angka kematian yang mendadak itu disebabkan oleh kapasiti ujian yang dijalankan di Itali adalah rendah malah mereka hanya menjalankan ujian terhadap individu yang mengalami gejala COVID-19 sahaja. Oleh itu, kebanyakan individu yang dijangkiti tidak dapat dikesan. Akibat daripada itu, penyebaran wabak berkenaan terjadi dengan sangat cepat. Berbanding dengan China, pihak berkuasa kesihatan di negara itu bertindak dengan efektif serta dapat mengesan semua pesakit yang dijangkiti dengan pantas serta mengkuarantinkan mereka di hospital.

Akhir sekali, Itali merupakan sebuah negara yang memiliki penduduk kedua tertua di dunia serta kebanyakan mereka telah dijangkiti dengan wabak itu khusunya yang berumur 60 tahun ke atas. Selain itu, negara tersebut mengamalkan budaya yang melibatkan hubungan rapat antara golongan muda dan warga emas. Melalui hubungan tersebut, virus boleh tersebar dengan pantas. Tambahan daripada itu, penggunaan ubat-ubatan yang berbeza daripada China mungkin menjadi salah satu faktor kepada angka kematian yang mendadak itu

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat