Ini Sebab Mengapa Data Pekerjaan ‘ADP” Buatkan ‘Mood’ Pemain Pasaran Suram!

344

Laporan pekerjaan bagi sektor swasta di Amerika Syarikat pada bulan Februari dilaporkan sedikit mengecewakan, walaupun begitu terdapat tanda-tanda pertumbuhan dalam ekonomi sebagaimana yang dinyatakan dalam laporan ADP.

Sektor syarikat hanya berjaya menambah 117,000 pekerjaan pada bulan Februari. Angka ini jauh tersasar dari ramalan pakar ekonomi yang mensasarkan sebanyak 225,000 pekerjaan ditambah. Jumlah itu juga menunjukkan penurunan dari 195,000 pekerjaan yang dicatat pada bulan Januari.

Laporan ADP ini adalah sedikit mengecewakan memandangkan terdapat penurunan jumlah kes Covid-19 yang ketara dan langkah lockdown juga ditarik kembali seperti yang diucapkan oleh Paul Ashwoth, ketua ekonomi A.S. di Capital Economics.

Menurut ketua ekonomi di ADP, Nela Richardson, pasara buruh terus mencatatkan pemulihan walaupun perlahan. Tambah beliau syarikat-syarikat bersaiz besar semakin terkesan dengan Covid-19.Syarikat bersaiz antara 50 dan 499 pekerja menyaksikan pertumbuhan terbesar, dengan 57,000 pekerjaan baru, sementara perniagaan kecil menambah 32,000 pekerjaan dan syarikat besar menyumbang 28,000 pekerjaan.

Pasaran menjangkakan bacaan NFP akan meningkat sebanyak 210,000 berdasarkan tinjauan yang dilakukan Dow Jones.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat