Ini Sebab Mengapa GBP/USD Dijangka Akan Teruskan Penurunan Minggu Ini

2,414

Pound Sterling paparkan prestasi paling mengecewakan berbanding matawang utama yang lain pada minggu lalu berikutan masih dibelenggu oleh kebimbangan terhadap perkembangan pasif rundingan Brexit antara UK dan Kesatuan Eropah (EU).

UK bertegas untuk tidak melanjutkan tempoh peralihan Brexit melebihi penghujung tahun ini. Perbincangan akan bersambung pada hari ini di antara Presiden Ursula von der Leyen bersama PM Boris Johnson.

Selain itu, data pertumbuhan GDP UK pada April yang merekodkan kejatuhan sehingga 20.4% terus meningkatkan kegusaran pelabur walaupun Gabenor Andrew Bailey cuba untuk meredakan keadaan dengan menyatakan terdapat petunjuk ekonomi bergerak ke arah pemulihan.

Turut menjadi tumpuan pada minggu ini adalah laporan data pekerjaan UK dan seterusnya keputusan mesyuarat polisi monetari Bank of England (BOE). Jika bank pusat menurunkan kadar feadah ke paras negatif, Pound akan terus mengalami susut nilai yang ketara.

US dolar pula dilihat bakal bergerak kukuh pada minggu ini berikutan sentimen pasaran yang kembali berisiko dengan kebimbangan gelombang kedua coronavirus di Beijing, meningkatkan permintaan terhadap matawang safe-haven.

Pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga telah menampilkan corak penurunan harga sejak minggu lalu memberikan isyarat perubahan trend bearish telah berlaku dengan harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Pada Jumaat lalu, harga membuat kenaikan ke paras ketinggian 1.26500 menguji zon SBR (support become resistance) tersebut sebelum membuat penurunan ke paras terendah terbaru melepasi 1.25000 sebelum penutup dagangan minggu lalu sedikit tinggi dari paras tersebut.

Jangkaan penurunan harga akan diteruskan menuju zon RBS (resistance become support) pada sekitar 1.23600 dan boleh mencapai sehingga ke paras support sekitar 1.21700.

Namun jika kenaikan harga berlaku, harga akan menguji semula zon SBR 1.26500 dan juga halangan dinamik MA50.

Kenaikan harga yang melepasi zon tersebut berkemungkinan memberikan isyarat perubahan semula trend harga dan kenaikan boleh mencapai paras ketinggian pada resistance 1.28000 minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat