Ini Sebab Mengapa Kanada Dolar Tiba-Tiba Buat ‘Comeback’!

601

Data pekerjaan Kanada yang dikeluarkan pada Jumaat menunjukkan tambahan pekerjaan pada bulan Jun, jauh mengatasi sasaran para pakar. Ini secara tidak langsung menjadikan pekerjaan berada dalam paras 1.8% dari tahap pra-pandemik.

Negara Kanada berjaya menambah 230,700 pekerjaan pada bulan Jun, mengalahkan jangkaan penganalisis sebanyak 195,000, kerana sekatan awam berkurang di beberapa daerah berdasarkan laporan Statscan. Kadar penggangguran terkurang 0.1% dari sasaran iaitu dengan bacaan 7.8% pada Jun.

Menurut Derek Holt, naib presiden Ekonomi Pasar Modal di Scotiabank, laporan utama kelihatan bagus namun ia kebanyakkan didorong oleh pertambahan pekerjaan separuh waktu,

Pekerjaan sambilan telah meningkat sebanyak 263,900 didorong oleh peningkatan yang kuat dalam golongan belia. Pekerjaan sepenuh masa pula turun sebanyak 33,200.

Ontario, daerah terpadat di Kanada telah melonggarkan beberapa larangan pada bulan Jun, yang membolehkan perniagaan restoran dan pasaraya.

Dolar Kanada diniagakan 0.3% lebih tinggi pada bacaan 1.2471 berbanding US Dolar setakat jam 1.2494.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat