Ini Sebab Mengapa US Dolar Tiba-Tiba Membuat Penyusutan!

647

Jumlah tuntutan awal pengangguran tetap tinggi pada minggu lalu kerana majikan menghadapi kesukaran untuk mengisi jumlah pekerjaan. Jumlah tuntutan awal mencatat bacaan pada 411,000 untuk minggu yang berakhir pada 19 Jun, sedikit penurunan daripada jumlah sebelumnya 418,000. Walaubagaimanapun, jumlah ini jauh tersasar dari jangkaan para penganalisis yang sasarkan hanya 380,000.

Menurut ketua ekonomi di Pantheon Macroeconomics, jumlah tuntutan pengganguran sejak akhir-akhir ini sedikit mengganggu dan sukar dipercayai. Beliau secara peribadi menjangkakan angka yang lebih rendah pada bulan Julai kerana ekonomi kian kukuh.

Data pekerjaan telah menjadi tumpuan terbesar bagi pembuat dasar, dan data terbaru menunjukkan bahawa jumlah tuntutan mendadak turun berbanding suku sebelumnya. Hal ini didorong oleh penawaran kerja sebanyak 9.3 juta kekosongan. Jumlah tuntutan pengangguran minggu lalu menandakan minggu kedua berturut-turut bahawa paras angka tersebut kekal di atas 400,000.

Disisi lain ekonomi US bertumbuh pada kadar 6.4% bagi 3 bulan pertama tahun ini. Jabatan Perdagangan mengatakan pada hari Khamis bahawa pertumbuhan KDNK, jumlah output barang dan perkhidmatan negara, tidak berubah dari dua anggaran sebelumnya.

Ahli ekonomi percaya pertumbuhan KDNK akan meningkat pada suku April-Jun pada kadar tahunan 10% atau lebih baik. Untuk sepanjang tahun, ekonomi dijangka tumbuh sekitar 7%.

Susulan kedua data ini dikeluarkan, ia tidak banyak mempengaruhi pergerakan pasaran tetapi terdapat sedikit penjualan dolar, terutama dalam EUR/USD.

The Fed pada minggu lalu menyatakan keyakinan tinggi terhadap pasaran pekerjaan yang berkembang pesat namun angka tuntutan tetap di atas 400,000. Angka tersebut mungkin sukar dibaca dalam beberapa minggu mendatang kerana banyak negeri mula memotong dana rangsangan pandemik.

Pada minggu lalu, tiga negeri A.S telah memotong bantuan pengangguran untuk mereka yang bekerja sendiri, pekerja gig, dan penganggur jangka panjang. Tumpuan data pekerjaan terus menjadi panduan utama.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding matawang utama susut 0.07% kepada paras 91.727.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat