Ini Sebab Pelabur Perlu Hati-hati Untuk Trade Hari Ini

1,356

Pembukaan sesi Asia menyaksikan US dolar kembali didagangkan stabil berbanding kebanyakan matawang utama setelah mencatatkan penyusutan pada sesi sebelum ini.

Terdahulu, dolar greenback berundur dari paras tertinggi 3 setengah bulan menyusuli kemerosotan dalam hasil perbendaharaaan AS 10 tahun yang berlegar di sekitar 1.52% setelah mencecah 1.62%.

Kemerosotan hasil bon AS telah mendorong kenaikan saham global, di mana Nasdaq menunjukkan prestasi terbaiknya sejak November berikutan saham teknologi yang kembali meningkat.

Pada awal sesi Asia, indeks dolar didagangkan sedikit berubah dengan mencatatkan peningkatan berbanding pesaing utamanya, pada 92.10.

Penerbitan data inflasi AS pada malam ini pastinya akan menjadi tumpuan utama dan menyebabkan pelabur lebih berhati-hati kerana ia akan mempengaruhi pergerakan matawang utama dalam pasaran.

Dewan Perwakilan AS akan mempertimbangkan rang undang-undang pakej rangsangan pada hari Rabu yang mana ia diharapakan akan terus diluluskan dan dibawa terus kepada Presiden Joe Biden untuk menandatanganinya menjadi undang-undang akhir minggu ini.

Sementara itu, dolar loonie diniagakan sedikit susut menjelang mesyuarat polisi Bank Pusat Kanada (BOC) pada malam ini yang dijangka akan mengekalkan dasar monetari semasa tidak berubah.

Matawang euro gagal mengekalkan momentum kenaikannya ketika tumpuan pasaran turut terarah kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada malam esok, dan tidak seperti BOC, ECB mempunyai banyak alasan untuk menjadi dovish terhadap dasar semasanya.

Selain pelancaran vaksin yang perlahan, lockdown yang panjang dan peningkatan hasil, ECB mempunyai banyak perkara yang perlu dibimbangkan. Pada tahap ini, tidak ada keraguan bahawa Zon Eropah akan ketinggalan dalam pemulihan terutamanya berbanding Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat