Ini Sebab Penggubal Dasar ECB Khuatir Walaupun Dengan Pengumuman Vaksin!

244

Dua ahli pembuat dasar Bank Pusat Eropah berpendapat bahawa prospek keberkesanan vaksin Covid-19 lebih 90% merupakan satu berita yang melegakan banyak pihak. Walaubagaimanapun, zon Eropah masih terkesan berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang beri impak terhadap aktiviti ekonomi.

Gabenor bank pusat Sepanyol Pablo Hernandez de Cos dan anggota lembaga ECB Isabel Schnabel kembali memberi penekanan kepada ucapan Presiden Christine Lagarde yang menguatkan lagi harapan akan dilaksanakan rangsangan baru pada bulan Disember.

De Cos mengatakan bahawa berita keberkesanan Vaksin telah meningkatkan keyakinan para pelabur, pengguna dan aktiviti ekonomi.Namun bagi beliau, harus tetap berhati-hati dengan sekatan akan terus dijalankan dalam jangka masa pendek bagi mengurangkan impak penularan pandemik Covid-19.

Laporan Pfizer yang menyatakan pada hari Isnin bahawa vaksin COVID-19 memiliki keberkesanan lebih daripada 90% telah mendorong saham syarikat meningkat lebih tinggi.

Disisi lain, Schnabel mengatakan langkah sekatan terbaru berkemungkinan besar akan mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi pada suku keempat dan pertama pada tahun hadapan. Tambah beliau, vaksin tersebut hanya mengembalikan senario asas bahawa ekonomi akan jatuh 8.0% pada tahun 2020 dan pulih sebanyak 5.0% pada tahun 2021.

ECB dijangka akan mengumumkan pakej rangsangan baru pada bulan Disember. Pada minggu ini, Lagarde telah memberi penambahan informasi bahawa rangsangan terbaru akan merangkumi pembelian bon dan pemberian subsidi kebapada bank.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat