Ini Sebab US Dollar Kecundang Di Awal Minggu! Apa Yang Berlaku?

565

US Dolar dilaporkan menyusut berbanding enam mata wang utama pada hari Isnin berikutan selera risiko kembali kepada pasaran mata wang dan pelabur menimbang kemungkinan kesan kenaikan kadar AS yang dijangka pada minggu ini.

Pasaran mata wang dilihat bergelora pada awalnya apabila para pelabur berhati-hati kerana bimbang terhadap prospek pertumbuhan global. Namun US dolar mula jatuh ketika pada pertengahan pasaran Eropah.

Rizab Persekutuan A.S. telah memberi isyarat kenaikan kadar 75 mata asas pada mesyuarat 26-27 Julai, walaupun data minggu lepas menunjukkan inflasi mencecah 9.1% tahun ke tahun pada bulan Jun meningkatkan kemungkinan kenaikan 100 mata asas lebih besar pada akhir tahun ini.

Sementara itu, pelabur memberi perhatian kepada pendapatan syarikat.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama didagangkan susut 0.25% kepada paras dagangan 106.36. Mata wang Euro pula kukuh 0.09% kepada $1.0219.

Neil Jones, ketua FX di Mizuho, ​​berkata rangsangan kepada euro mungkin disebabkan daripada peniaga yang bertindak untuk mengaut keuntungan jangka masa pendek. Bank Pusat Eropah pada minggu lalu untuk menaikkan kadar buat kali pertama sejak 2011.

Euro telah dirangsang ke paras tertinggi dua minggu minggu lepas berikutan kenaikan kadar, tetapi ia kemudian jatuh selepas data yang mengecewakan apabila data aktiviti perniagaan dari Perancis dan Jerman lemah.

Penganalisis FX ING berkata, pergerakan euro mencadangkan bahawa jangkaan mengenai pelan dasar Bank Pusat Eropah akan lebih didorong oleh data pasaran pada masa hadapan, dengan data inflasi zon eropah akan dikeluarkan pada Khamis dan Jumaat.

Harga tenaga yang tinggi dan kekurangan gas telah menyebabkan Jerman berada di puncak kemelesetan berdasarkan dapatan institut Ifo. Dimana sentimen perniagaan Jerman jatuh lebih daripada yang dijangkakan pada bulan Julai.

Tinjauan pada hari Ahad menunjukkan bahawa 16% daripada syarikat perindustrian di Jerman telah mengurangkan pengeluaran sebagai tindak balas kepada kenaikan harga tenaga.

Pertumbuhan ekonomi AS semakin perlahan dan inflasi “terlalu tinggi”, kata Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen pada Ahad.

“Kebimbangan kemelesetan terus menghalang pemulihan dalam sentimen risiko, yang secara kebetulan sepatutnya memberikan sedikit sokongan tambahan kepada safe haven” kata penganalisis ING FX.

Mata wang Dolar Australia naik 0.3% pada $0.6948 manakala dolar New Zealand naik 0.2% pada $0.6267. Mata wang Pound Britain meningkat 0.2% berbanding dolar pada $1.2035, manakala euro-sterling stabil pada 84.955 pence setiap euro

Setiausaha Luar Britain Liz Truss dan bekas menteri kewangan Rishi Sunak menetapkan rancangan pada hujung minggu dalam kempen mereka untuk menjadi perdana menteri Britain yang akan datang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat