Ini Sebab Utama Kenapa China Akan Alami Kemelesetan Tahun Depan

747

‘Runtuhnya ekonomi ke-2 terbesar dunia ini boleh menyebabkan dunia sengsara.’

Tindakan tegas Beijing dalam melaksanakan dasar sifar Covid telah merencatkan pertumbuhan ekonomi China di sebalik situasi permintaan global yang rendah.

Ekoran itu, data pertumbuhan rasmi bagi suku Julai sehingga September yang dijangka keluar minggu depan akan menyaksikan penguncupan ekonomi negara ke-2 terbesar dunia tersebut selain meningkatkan peratus kemelesetannya.

Dianggarkan unjuran kadar pertumbuhan yang ditetapkan Beijing pada 5.5% tidak akan dicapai berdasarkan prestasi suku ke-2 yang hampir mencatat penguncupan.

Faktor utama yang digariskan oleh penganalisis adalah pengurangan pengeluaran kilang China serta ketegangan perdagangan bersama Amerika Syarikat (AS) selain penyusutan nilai Yuan berbanding dolar.

Ikuti rincian ringkas faktor-faktor lain yang dikenal pasti penganalisis berkenaan penyebab ekonomi China akan terus bergelut.

  1. Dasar sifar Covid
  • Penyebaran Covid bukan sahaja menjejaskan aktiviti pembuatan kerana kilang terpaksa ditutup, malah merencatkan perbelanjaan pengguna.
  • Hanya pada bulan lepas aktiviti perkilangan China mulai bergerak rancak dengan rangsangan infrastruktur oleh kerajaan.
  1. Beijing bersikap sambil lewa
  • Tindakan kerajaan pimpinan Xi Jinping yang menyalurkan 1 trilion Yuan pada Ogos dilihat merupakan satu usaha baik untuk merangsang semula perniagaan, infrastruktur dan hartanah.
  • Namun penganalisis berpendapat ia masih belum cukup untuk menampung balik penguncupan yang berlaku ketika dasar sifar Covid dilaksanakan.
  1. Krisis hartanah China
  • Kelemahan pada aktiviti hartanah dan sentimen negatif dalam sektor perumahan telah menjejaskan ekonomi kerana ia menyumbang 1/3 daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) China.
  • Pembeli rumah dikatakan enggan membuat pembayaran gadai janji pada perumahan yang tidak siap dan ini telah merendahkan permintaan dalam sektor tersebut.
  1. Perubahan iklim
  • Gelombang haba yang disusuli kemarau telah menyebabkan beberapa industri makanan terutamanya mengalami masalah di China.
  • Selain itu, lonjakan pada permintaan pendingin hawa telah membawa tekanan kepada penjana kuasa sehingga memaksa kilang untuk menangguhkan operasi.
  1. Pelabur melarikan diri
  • Prestasi gergasi teknologi China yang goyah lebih-lebih lagi selepas pengawal selia melaksanakan pemeriksaan telah menggugat keyakinan pelabur untuk terus melabur.
  • Hasilnya Alibaba dan Tencent menyaksikan penurunan pendapatan pertamanya pada suku lepas pada 50%.
  • Selain itu, pengaruh Xi dalam syarikat swasta China telah membuatkan sebilangan pelabur beralih keluar lebih-lebih lagi apabila beliau menunjukkan sokongan kepada Rusia.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat