Ini Sebab Utama Pemain Pasaran A.S Mula Ambil Langkah Lebih Berjaga-Jaga!

500

Pegawai pemerintah Amerika Syarikat (A.S) sejak akhir-akhir ini berulang kali mendesak rakyat A.S untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga kerana terdapat peningkatan kes Covid-19 yang ketara.

Dalam sidang media pada hari Selasa, Pengarah Kesihatan, Dr. Rochelle Walensky mengatakan bahawa beliau menjangkakan keadaan pandemik akan semakin memburuk. Presiden Joe Biden juga memaklumkan bahawa perlawanan menentang Covid-19 masih belum tamat.

Dalam masa yang sama, kajian CDC mendapati bahawa satu dos suntikan vaksin Pfizer atau Moderna menunjukkan bahawa vaksin memiliki 80% keberkesanan dalam mencegah jangkitan Covid-19 dan 90% setelah mendapat suntukan dos kedua. Setakat ini hampir hampir 3 juta suntikan dikenakan setiap hari.

Setakat ini berdasarkan kajian Universiti Johns Hopkins mendapati hampir 66,000 kes Covid-19 baru dilaporkan di A.S setiap hari. Walaupun angka tersebut masih di bawah puncak kes harian namun ia terus menunjukkan peningkatan.Disisi lain, turut dilaporkan bahawa sebanyak 990 kematian akibat Covid-19 setiap hari. Secara keseluruhan, 550,000 rakyat A.S telah menemui kematian.

Kebimbangan mengenai kes Covid-19 yang semakin meningkat menyebabkan pasaran mula mengambil langkah berhati-hati kerana khuatir ekonomi A.S mungkin akan terjejas seperti sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat